Sinopsis Novel


Projek Memoria
sebenarnya, aku sendiri pun tak tau nak ringkaskan cerita ni macam mane...sebab cite ni random jek aku buat..hakhakhak....

Berkenaan pelajar tingkatan 5 bernama Faz yang tak sengaja tahu tentang misteri di sebalik sebuah kedai silap mata D'Memoria dan nama Clark Slacky yang menjadi sebutan. Dan menjadi mangsa keadaan kepada rakan sekelasnya yang misteri iaitu Naisa Arisa apabila gadis itu mengetahui yang Faz tahu serba sedikit tentang Clark Slacky.


Update 18102013 : dah karang smpai bab 16 but trouble with pengarangan ayat. pfft.


***


Airmata Senja
percubaan pertama utk tulis novel melayu versi tipikal melayu. malas sebenarnye nak tulis cite cam ni sbb tak minat, tapi saje nak cabar diri... hehe

Zuraida, gadis berusia 18 tahun, baru sahaja menamatkan SPM tapi dah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Kisah kehidupan Zuraida selepas menyambung pelajaran di bandar dan terpaksa hidup bersama suaminya yang tidak dikasihi dan masih cuba untuk kembali ke pangkuan kekasih lamanya.


Update 18102013 : Aku macam takde hati nak sambung cite ni... :|


***


Teleportasi Destini Hakiki

sejujurnya...aku nak buat cerpen je cite ni. karang punye karang, skali jadi panjang sangat...buat novel aje lah. oh and inspirasi utk tulis cite ni adalah dari manga Tokyo ESP by Hajime Segawa.

Kehidupan seorang penjual barangan kesihatan yang normal bernama Alan secara tiba-tiba menjadi tidak normal apabila dia dengan secara misterinya telah termasuk ke rumah seorang gadis yang tidak dikenali. Sedang dia membela diri dari terus dipukul gadis itu, dia sekali lagi secara misteri kembali semula ke rumahnya. Beranggapan yang dia bermimpi, namun kesan darah yang masih membasahi dahinya dan telefon bimbit gadis misteri tadi masih di dalam genggamannya menguatkan lagi tanggapannya yang dia tidak bermimpi!


Update 18102013 : idea ade, ayat tarak! kene stop jap g bace buku A. Samad Said kot baru ayat2 muncul.. :P
Update 06042015 : fuyoo...dah dekat 2 tahun dah cite ni tapi 10 bab pun tak sampai haha... dah karang sampai bab 8. harapnya dapat konsistenla lahai karang cite ni sampai habis~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melawat & menkomen~ :)