Ola lari, pantas meninggalkan Oli. Berusaha Oli mengejar, walaupun dengan menggunakan segala kudrat yang ada, Oli masih lagi tertinggal jauh. Terasa penat, Oli berhenti. Ola sudah hilang dari pandangan.
"Helo sayang. Perlukan bantuan?"
Sapaan yang muncul secara tiba-tiba itu mana mungkin tidak membuatkan jantung Oli bagaikan ingin meletup. Sekiranya Oli mempunyai sejarah masalah kesihatan berkaitan jantung atau darah tinggi, sudah tentu Oli mati.
"Kau siapa? Nak apa? Datang dari mana?"
Bagaikan peluru berpandu soalan yang diajukan bertubi-tubi menghentam gegendang telinga si makhluk berkaki dua bertelinga tirus yang mempunyai kulit gelap bak dayang senandung. Badannya yang kurus keding itu hanya dibaluti sehelai kain nipis berwarna kuning.
"Aku boleh tolong kau kalahkan kawan kau tu. Malah bukan itu sahaja, kau boleh juga kalahkan sesiapa sahaja di muka bumi ni."
Oli memandang makhluk hodoh itu dari atas ke bawah sebanyak tiga kali; tanda tidak mempercayai akan apa yang sedang cuba memberikan perkhidmatan yang entah apa-apa itu.
"Aku tak perlukan bantuan. Kau, pergilah balik ke tempat asal kau. Tak perlu susahkan diri."
Makhluk itu, mendengar pengakuan ikhlas si budak genit yang montel ini mula tersengih. Wajahnya terpancar mimik muka yang sedang seronok dan kekaguman.
(Sambung nanti. Satu hari satu cerita sebelum tido: azam baru lol)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana melawat & menkomen~ :)