“Hillary, kau masih di rumahkah? Ya, ya. Aku baru
balik ni. Teruk betullah pengurus kedai tu, kerja tengah banyak tadi, boleh dia
balik awal? Memang sengaja kan! Aku dah nak sampai stesen tren ni. Nanti macam
biasa, kau tolong jemput aku kat stesen ya. Terima kasih banyak-banyak tau!”
Madison Stuart, 19 tahun, pelajar Universiti
Minasotta tahun kedua, jurusan senireka dalaman. Bekerja sambilan di sebuah
kedai serbaguna di pusat bandar Minasotta. Madison tahu yang kerja sambilannya
sedikit sebanyak telah mengganggu konsentrasi pelajarannya, apatah lagi apabila
kerap pulang lewat malam, namun dia terpaksa juga bekerja bagi menampung
perbelanjaan hariannya termasuk yuran pelajaran. Namun apa yang tidak
diketahuinya adalah, ketika dia berjalan melewati lorong-lorong gelap sebagai
altenatif mudah dan cepat untuk tiba di stesen tren Minasotta, secara tiba-tiba
dia ditarik satu tangan misteri dari celahan bangunan gelap dan satu tusukan
tajam diberikan tangan itu tepat mengenai jantungnya.
***
Nombor 204, Pangsapuri Artie, Bandar Minasotta. 17
April, Sabtu, 8:25 PM.
Steven bercekak pinggang, memandang adiknya Stacie
yang masih teresak-esak menangis di hadapan televisyen. Sudah berpuluh kali dia
meminta adiknya itu untuk berhenti menonton drama yang tidak memberikan
sebarang faedah dan membantunya memasak di dapur namun tiada balasan. Stacie
masih kekal duduk bersimpuh di hadapan televisyen bagaikan langsung tidak
menyedari akan kewujudan abangnya itu. Steven yang sudah hilang kesabaran terus
menutup plak utama televisyen.
“Hei, cerita tadi tu tak habis lagilah!”
“Aku peduli apa. Kalau kau malas sangat nak tolong
aku masak, sekurang-kurangnya pergilah rumah mak cik Artie sekejap ambilkan
daging. Dia dah telefon berkali-kali suruh datang ambil.”
“Ala, suruh mak cik Artie datang sendiri tak boleh
ke? Bukannya jauh pun...”
“Ye, memang tak jauh. Sebab tu aku suruh kau pergi
turun kejap! Tak kan nak harapkan mak cik Artie yang sakit lutut tu naik tangga
datang rumah kita ni! Nanti yang nak mencekik pun kau juga!”
Stacie mencebik. Menyampah dengan perangai
abangnya yang macam mak-mak. Sejak kematian ibu bapa mereka beberapa tahun yang
lalu, mereka tinggal berdua di rumah itu, namun masih dipantau mak cik Artie,
tuan pemilik pangsapuri didiami mereka.
“Ha, buat muka. Aku tarik bibir itik tu karang
baru tahu. Biar panjang. Kau tahu Stacie, kalau kau terus buat perangai buruk
macam ni, jangan haraplah lelaki idaman kau tu nak jatuh hati kat kau, tahu!”
Stacie menyeringa. Malas hendak mendengar bebelan
abangnya yang bagaikan tiada henti itu, dia mencapai baju sejuk berhud yang
terdampar di lantai dan menyarungnya, tidak dilupakan juga telefon bimbitnya
yang terletak di atas meja, sebelum terus berlalu keluar tanpa mengendahkan
halangan daripada abangnya. Stacie tidak menuju ke rumah mak cik Artie yang
terletak di tingkat bawah, sebaliknya membawa diri ke taman permainan
berdekatan.
Di sebuah taman permainan tidak jauh dari
pangsapuri Artie, Stacie duduk di buaian sambil menendang-nendang batuan kecil
di tanah. Dia memang menyampah dengan perangai abangnya itu, terlalu
mengongkong. Dan ada sahaja arahan yang diberikan. Sesekali Stacie
berkumat-kamit memarahi abangnya. Namun tidak lama apabila tiba-tiba dia
tersentak mendengar satu jeritan yang mana puncanya tidak jauh dari tempat dia
berada.
“To...long...”
Seorang wanita berlumuran darah melangkah
perlahan-lahan ke arah Stacie sebelum jatuh dan tidak bangun lagi. Muncul pula
di belakang wanita itu adalah seseorang berpakaian serba hitam, berdiri tegak
memandang ke arah Stacie. Stacie tahu yang dia perlu larikan diri dari situ
namun kakinya kaku. Untuk menjerit meminta tolong pun dia tidak boleh. Suaranya
bagaikan tersekat dan tidak berfungsi. Stacie beranggapan yang dia tidak akan
diapa-apakan sekiranya dia menurut sahaja jika disuruh orang misteri itu. Tak,
Stacie yakin dia tidak diapa-apakan. Dia tidak sengaja berada di situ dan juga tidak
bersalah. Sekarang Stacie berasa menyesal kerana keluar lewat malam. Melihat
orang misteri itu berdiri tegak tidak bergerak, Stacie menggagahkan diri untuk
menggerakkan kaki dan terus berlari.
“Adik nak ke mana?”
Bisikan daripada orang misteri yang sebentar tadi
tepacak di hadapannya dan kini entah bila sudah berada di belakangnya itu
membuatkan Stacie melompat. Belum sempat dia berfikir akan apa yang perlu
dilakukan seterusnya atau apa yang sedang berlaku sebenarnya, dia berasa
dadanya ditikam satu benda tajam dari arah belakang. Stacie kemudiannya
terjelepuk di tanah dalam lautan darah.
***
Bar le’Orienta, Bandar Minasotta. 17 April, Sabtu,
9:32 PM.
Elena mencelikkan matanya. Kepalanya terasa berat.
Tekaknya juga terasa loya. Dia meneguk segelas air kosong hingga habis dan mula
memicit-micit dahinya. Kepalanya terasa bagai nak meletup. Mungkin kerana
terlalu banyak meminum alkohol.
“Dah. Baliklah, Elena. Kau dah teruk sangat ni.”
Elena menjeling ke arah lelaki tampan yang duduk
di sebelahnya. Tanpa mengendahkan kata-kata lelaki itu, dia memesan lagi
segelas alkohol dan meminumnya rakus. Geram betul dia ketika itu.
“Jomlah Zach, teman aku pergi tengok konsert
Flamia malam besok. Bukan senang tau nak dapatkan tiket ni...” pujuk Elena
sambil menunjukkan dua keping tiket konsert kumpulan muzik terkenal, Flamia.
“Aku kerjalah. Kau ajaklah orang lain,” balas
Zachary tanpa menoleh. Dia menghabiskan baki air kosong di dalam gelasnya
sebelum meminta diri.
“Zach, kalau tak boleh teman pergi konsert besok
pun, paling-paling temankanlah aku malam ni. Aku bosanlah...” rayu Elena lagi.
Tangannya memegang erat lengan baju Zach dengan tujuan jejaka itu tidak pulang
lagi.
“Elena, kau dah
mabuk teruk ni. Jom aku hantar kau balik.”
“Hmm, balik rumah Zach ke?”
“Balik rumah kaulah!”
Elena merengek-rengek bagaikan anak kecil.
Merayu-rayu untuk bermalam di rumah Zach malam itu. Sesekali dia bersendawa
kuat, dan mula tertawa seperti orang gila. Zachary menggeleng-gelengkan kepala
melihat perilaku gadis mabuk itu.
“Zach. Segera ke Cassie 8th Avenue. Ada mangsa
terbaru. Dua orang kali ni.”
Sejurus selepas panggilan daripada Inspektor
Sophilea diterima Zach, segera dia mengarahkan Elena agar gadis itu segera
pulang.
“No side detour.
Dah lewat malam ni, dan bahaya. Kes pembunuhan bersiri semakin menjadi-jadi
sekarang ni. Aku tak nak kau terbabit.”
“Zach, kan kau tengah cuti ni! Dahlah siang tadi
kau tidur je sepanjang hari. Baru temankan aku sekejap, kau dah nak pergi
kerja...”
Tanpa mengendahkan rengekan Elena, Zach
mengeluarkan dan meletakkan wang di atas meja, bayaran bagi minuman yang telah
dia dan Elena pesan tadi. “Celia,” ujarnya pada bartender wanita di situ sambil
menunjukkan not berjumlah 50 dollar di atas meja. Celia tersenyum dan
mengangguk faham.
“Jangan pergi...” untuk kesekian kali Elena
memujuk Zach. Harapannya semoga Zach berubah fikiran.
Zach menggeleng-geleng kepala, mengusap-usap
kepala Elena dengan lembut, dan tanpa mengendahkan permintaan gadis itu, dia terus
bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan. Sebagai seorang polis, walaupun
sedang berehat, tidak bermakna tugasan terus diabaikan. Zach sedia berbakti
untuk negaranya walaupun baktinya sekecil hama.
***
Taman permainan Cassie 8th Avenue, Bandar Minasotta.
17 April, Sabtu, 10:21 PM.
“Apa persamaan mangsa kali ini?” soal Zach pada Olsen
yang merupakan seorang detektif muda, sejurus dia tiba di lokasi.
Olsen mengeluh kecil. “Jantina, dan cara
pembunuhan. Sama seperti kes sebelum ni,” balas Olsen ringkas. Dia sebenarnya
sudah ketandusan cara untuk menyiasat kes ini.
Zach mencangkung untuk meneliti salah satu mayat
di situ. Seorang gadis berusia lewat 20-an, berpakaian pejabat. Punca kematian;
jantungnya dirobek keluar, dan dipecahkan.
“Nama mangsa?” soal Zach lagi pada detektifnya
yang setia itu.
“Stefanie Stone.”
“SS. Yang lagi satu? ST?”
“Ya. Stacie Trevolt. Ah, pembunuh ada tinggalkan
klu lagi kali ni.”
Zach mengambil helaian kertas tertulis sesuatu
yang dihulurkan Olsen. Huruf SW yang dicetak di atas kertas bersaiz A4 jelas
terpampang.
“SW. Tak kanlah kita nak jaga semua wanita bernama
SW pula.”
“Ada lebih kurang lima puluh lebih, tuan.”
Zach mengeluh kuat. Kes yang terjadi kali memang
amat memeningkan kepala. Apatah lagi dia baru sahaja menjawat jawatan sebagai
pegawai polis setahun yang lalu. Walaupun mereka mendapat klu untuk pembunuhan
seterusnya dan telah memaklumkan kepada umum untuk mengambil langkah
berjaga-jaga, namun pembunuhan tetap berlaku. Mungkin kerana masyarakat tidak
memandang serius kes itu, atau mungkin juga kerana pembunuh adalah seorang yang
profesional.
“Er...termasuk Inspektor Sophilea, tuan.”
Baru Zach perasan, Sophilea yang menghubunginya
tadi tiada di lokasi. Kerana mereka berdua yang ditugaskan untuk menyiasat kes
ini.
“Dia di mana? Balai?”
Olsen mengangguk setuju.
“Siapkan siasatan di sini dan kita pulang ke balai
segera. Sediakan semua dokumen berkaitan mangsa sebelum ini juga,” arah Zach
pada Olsen dan beberapa lagi polis berpangkat sarjan yang turut berada di situ.
Zach mengambil gambar mangsa-mangsa sambil memeriksa keadaan mereka. Suhu mayat
masih suam, namun keadaan mangsa amat mengerikan. Zach tidak mahu berlama-lama
di situ, melihatkan keadaan sekeliling pun sudah makin dikerumuni orang ramai.
Selesai menyiasat keadaan mangsa, segera dia mengarahkan pasukan paramedik
untuk mengangkat mayat ke hospital.
***
Balai Polis Utama Bandar Minasotta. 17 April,
Sabtu, 11:47 PM.
“Evelyn Hue, Sera Polly Walz, Henriette Ashton,
Ervy Hust, Nellia Vavardo, Macy McDickson, Layla Lorient, Augoria Anzalecka,
Helen Anderson, Madison Stuart, Stefanie Stone, Stacie Trevolt. Dalam masa dua
minggu saja dah 12 orang menjadi mangsa.”
“Dan saya tak dapat kesan walau satu pun pertalian
antara mereka, tuan.”
Zach mengurut-urut kepalanya yang terasa
berdenyut-denyut. Fail berisi maklumat tentang mangsa-mangsa dibiarkan
bersepahan di atas meja. Zach meneliti wajah mangsa satu persatu. Tak kan tiada
satu pun persamaan antara mereka?
“Kalau stres pun, fail-fail ni kenalah jaga
elok-elok. Kalau hilang atau rosak, kita juga yang susah.”
Inspektor Sophilea menyerahkan secawan kopi kepada
Zach sejurus selepas menegur rakan sekerjanya itu. Dia kemudiannya mengemas
fail-fail berkaitan mangsa yang bersepahan.
“Sophie, tak mustahil kalau mangsa seterusnya
adalah kau. Tak takut ke?” soal Zach disertai sengihan nakal ditujukan pada
inspektor cantik itu.
“Jangan pandang rendah pada pemegang tali pinggang
hitam karate dan juara menembak di balai ini ya,” telah Sophilea sambil
bercekak pinggang.
Zach tersenyum sambil meneguk kopi pekat bancuhan
Sophie yang sememangnya digilai para pegawai lelaki di balai polis itu. Sambil
meneguk kopi, sambil mata melirik nakal memandang susuk tubuh inspektor wanita
itu. Hingga kedengaran detektif Olsen berdehem barulah dia tersedar ke dunia
realiti dan kembali memikirkan tentang kes pembunuhan bersiri yang menjadi tugasannya
itu.
“Jadi...kau ada jumpa apa-apa maklumat lain ke?”
soal Zach pada Sophie setelah dia kembali serius.
“Takde. Kecuali aku pernah berjumpa dengan
beberapa mangsa sebelum ni. Jumpa sekali dua ajelah.”
“Maksud kau? Kau berkenalan dengan mereka?”
“Tak, tak. Sekadar bertemu. Sera, Augoria,
Madison. Mereka bekerja di kedai yang aku selalu singgah.”
Mendengar pernyataan Sophie itu membuatkan Zach
terfikir sejenak. Jika diperhatikan, wajah-wajah mangsa semuanya seperti pernah
berjumpa di mana-mana. Mungkin sama seperti Sophie, berjumpa di kedai. Namun
kerana kurang pasti, dia mendiamkan sahaja hal itu.
“Ingatan kau kuat betul. Boleh kau cam rupa
mereka.”
“Tengok oranglah, Zach,” ujar Sophie sambil
membuat muka bangga.
“Dan aku yakin kau juga pernah bertemu dengan
mereka bukan, Zachary?”
Kedua-dua mereka menoleh memandang ke arah seorang
lelaki yang juga inspektor di situ yang muncul tiba-tiba dari muka pintu.
“Gilberd. Bukankah kau di Klem, siasat tentang kes
pembunuhan mafia di situ?” soal Zach penuh kehairanan, dan juga dengan perasaan
jengkel.
“Sebab kamu berdua tak efektif! Jadi mereka
panggil aku pulang untuk sambung siasat kes ini. Sophie, kau pula ditugaskan
untuk berkawal di balai saja.”
“Mengarut, aku tak pernah dengar pun arahan ni!
Aku tak setuju!”
“Setuju atau tak, itu arahan ketua. Kalau nak
bangkang, pergi bangkang pada dia.”
Suasana menjadi sepi tapi tegang. Kehadiran
Gilberd secara tiba-tiba ini telah menyebabkan mereka rimas dan jengkel.
“Aku tanya pada kau lagi, Zach. Kau pasti pernah
berjumpa dengan mangsa-mangsa sebelum ini bukan?”
“Atas alasan apa pula kau tuduh aku sebarangan?”
“Ya, atau tak?”
“Negatif. Tak pernah berkenalan dengan salah
seorang mangsa pun.”
“Tunggu, Gil. Kenapa kau nak tuduh Zach
bukan-bukan pula ni?” Sophie yang turut berasa jengkel menyuarakan pertanyaan.
Gilberd senyap sebentar sambil matanya memandang
ke arah Sophie dengan pandangan marah. Seketika kemudian dia bergerak ke meja,
mengambil beberapa fail dan melemparkannya ke arah Zach dengan kasar.
Tindakannya itu membuatkan Zach berang dan hampir sahaja dia menghadiahkan
lelaki kasar itu sebuah tumbukan, mujur Olsen sempat menahannya.
“Evelyn, Henriette, Nellia, Layla. Doesn’t these name hit you?”
Zach hanya diam dengan wajah kehairanan.
“Ah, I get
it. They are worthless once you slept with them. Ain’t I right, Mr. Cassanova?”
“Gilberd!” lantang suara Sophie memarahi Gilberd
namun tidak diendahkannya. Terus sahaja dia berlalu meninggalkan mereka.
“Zach, don’t
mind that. He just in trouble. Things are not going smooth in Klem. Now he just
place everything on you.”
Sayangnya Zach hanya membisu. Wajahnya kelihatan
berubah, seperti sedang merisaukan sesuatu.
“Zach?” soal Sophie kehairanan, dan kerisauan.
“Ah, sorry.
I’m taking a break,” ujar Zach pendek tanpa memandang Sophie dan terus
berlalu keluar meninggalkan gadis itu tercengang.
***
Bilik Persalinan Lelaki, Balai Polis Utama Bandar
Minasotta. 18 April, Ahad, 12:25 AM.
“No, Elena.
I told you I can’t. I’m sorry, I’m quite busy right now. Bye.”
Zach mematikan talian telefonnya dengan satu
keluhan. Elena, sememangnya seorang yang degil. Sudah berkali-kali Zach menolak
ajakan gadis itu untuk ke konsert, dia masih beria-ia mengajaknya. Letih pula
dibuatnya.
Badan sasa Zach disandarkan di dinding bilik
persalinan lelaki yang menjadi tempat untuknya menenangkan fikiran. Apa yang
dikatakan Gilberd sebentar tadi benar-benar telah memberi tamparan kepadanya.
Bukannya dia sengaja untuk melupakan gadis-gadis yang pernah dijumpainya, namun
kerana jumlahnya yang terlalu ramai, adalah mustahil untuknya mengingati setiap
nama dan wajah mereka. Berkaitan hal dia meniduri wanita-wanita, memang dia
tidak menafikan yang dia memang ada berbuat demikian. Namun bukanlah bermaksud
yang dia adalah seorang yang suka mengambil kesempatan, kerana ia hanya pernah
berlaku sebaik sahaja isterinya meninggal dunia. Dirinya terasa kosong,
dunianya gelap. Jadi apa yang pernah dilakukannya adalah sesuatu yang di luar
kawalan.
“Cheryl...”
Fikirannya yang melayang terganggu apabila telefon
bimbitnya berdering. Dari Elena. Zach tidak mengendahkannya. Dia membiarkan
telefon itu berhenti berdering sendiri. Dua kali telefonnya berbunyi, dua kali
jugalah dia tidak mempedulikannya. Apabila ia berdering untuk kali ketiga, dan
ketika dia sudah bersedia untuk memarahi gadis degil itu, didapati nombor yang
terpapar di skrin telefonnya bukanlah milik Elena, sebaliknya milik Olsen.
“Zach, Sophie...tolong, tolong dia!”
“Kenapa dengan Sophie? Sembelit?” gurau Zach, cuba
mengubah perasaannya yang sedang bersedih.
“Sophie...” Olsen berhenti untuk mengambil nafas
panjang
“Ya?”
“Dia...ditikam!”
***
Hospital Besar Minasotta. 18 April, Ahad, 12:52
AM.
Setiap mereka yang merisaukan keadaan Sophie di
hospital besar itu menonjolkan reaksi yang sama. Kerutan di dahi jelas
kelihatan di setiap wajah mereka. Masakan tidak, klu SW yang diterima mereka
sebelum ini benar-benar bermaksud Inspektor Sophilea Willson.
“Bagaimana keadaan dia, doktor?” Zach orang
pertama menerjah ke arah doktor yang merawat Sophie sejurus selepas doktor itu
keluar dari bilik kecemasan.
“Mujur sahaja tikaman itu tidak mengenai organ
dalaman penting. Dan dia juga segera dibawa ke sini sebelum kehilangan lebih
banyak darah. Jadi dia sudah selamat sekarang. Namun dia perlukan rehat yang
banyak.”
Penerangan lengkap dari doktor itu tadi melegakan
setiap mereka yang berada di situ. Jika apa-apa yang terjadi pada Inspektor
Sophie kesayangan para pegawai polis di balai utama Minasotta, siapa tahu apa
yang akan terjadi pada penjenayah nanti.
“Saya nak tengok Sophie sekejap,” ujar Zach lalu
bingkas menuju ke bilik di mana Sophie berada namun langkahnya terbantut
apabila terasa hujung bajunya ditarik seseorang dari arah belakang.
“Elena? Kenapa kau ada di sini? Kan aku dah kata
terus balik ke rumah,” berkerut dahi Zach tatkala melihat Elena yang muncul
secara tiba-tiba di situ.
“Kenapa dengan Sophie? Dah mati?” balas Elena
tanpa mengendahkan pertanyaan Zach yang mengundah kemarahan lelaki itu. Lantang
nama Elena dilontarkan oleh lelaki itu yang nampaknya sudah naik berang.
“Olsen. Kau pergi bawa Elena pulang. Dan pastikan
yang dia tak keluar lagi,” pinta Zach pada Olsen tatkala dia melihat pembantunya
itu tiba di perkarangan wad kecemasan.
“Eh...aku tak nak balik lagilah. Susah-susah je
aku datang sini tahu. Nak ajak kau pergi jalan-jalan kat Avelyn Avenue. Bulan
malam ni cantik tau,” rayu Elena sambil menggoncang-goncangkan lengan Zach.
“Elena! Tolonglah faham keadaan sekarang ni! Ini
bukan masa untuk berseronok! Sudah, Olsen. Kau bawa Elena pulang sekarang.”
“Ah, maaf tuan. Saya rasa saya perlu tolak
permintaan itu,” teragu-ragu Olsen menuturkan kata-kata.
“Apa maksud kamu?” soal Zach, enggan berteka-teki.
“Kita terima mangsa seterusnya.”
***
Di celah-celah lorong gelap berdekatan Hospital
Minasotta. 18 April, Ahad, 1:15 AM.
“Trisha Stella Johann. Punca kematian adalah sama
seperti mangsa sebelum ini.”
“Olsen, klu! Kenapa tiada klu untuk mangsa kali
ini?” Zach separa menjerit sambil memegang kuat bahu detektif Olsen yang
kelihatan kehairanan dengan tingkah laku Zach itu.
“Bukan tak ada, tapi lewat diterima. Klu ditemui
seseorang setelah Inspektor Sophie dimasukkan ke wad kecemasan. Dan kita terima
laporan berkenaan mangsa beberapa minit kemudiannya.”
“Dan bukan bermaksud kau perlu lewat khabarkan
tentangnya!”
Tersentak Olsen melihat
perilaku ganjil Inspektor Zachary yang sebelum ini merupakan seorang yang riang
dan penyabar. Olsen terfikir-fikir jika mangsa kali ini mempunyai kaitan
dengannya.
“Um, tuan...”
Tanpa sempat Olsen
meneruskan kata-katanya, terus sahaja Zach berlalu meninggalkan Olsen
tercengang sendirian. Dia melangkah laju ke arah mangsa yang terkulai layu
dalam keadaan yang mengerikan. Tanpa berasa geli ataupun loya dengan keadaan
mangsa yang sebegitu, Zach mencangkung di sebelah mayat dan mula mengusap-usap
rambut mangsa dengan lembut.
Olsen turut berjalan ke
arah di mana Zach berada. Di dalam fikirannya kini tertulis beribu persoalan.
Namun dia yakin akan sesuatu; Inspektor Zachary mengenali mangsa.
“Trisha. Kekasih lama.
Dah jadi mangsa. Macam mana Zach? Ada nak buat pengakuan ke?”
Zachary tersentak
dengan suara yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Dia segera bangkit.
Ditenung wajah lelaki itu dengan penuh perasaan marah lantas berjalan pantas ke
arahnya. Satu tumbukan kuat diberikan kepada lelaki itu tanpa sempat Olsen
menahan kerana perkara itu berlaku tertalu pantas. Lelaki yang baru ditumbuk
itu hanya tersenyum sambil mengesat darah yang mengalir dari bibirnya.
“Kalau kau tahu akan
sesuatu, kenapa kau tak segera selesaikan masalah ni, Gilberd!” lantang suara
Zach dilontarkan pada inspektor senior itu.
“Sebab aku yakin jika
bukan kau, orang yang berkaitan dengan kau adalah dalangnya. Jadi Zach, sila
menyerah.”
“Aku bukan pembunuh!
Atas alasan apa aku nak bunuh mereka ni? Bunuh Trisha?”
“Manusia boleh berikan
seribu alasan untuk membunuh. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai bipolar,
seperti kau.”
Zach sekali lagi
tersentak. Bipolar? Apa pula yang lelaki ini merepekkan. Dia yakin dia tiada
masalah sebegitu.
“Aku sihat. Tiada masalah seperti yang kau
repekkan itu,” ujar Zach tenang.
“Sihat? Kau yakin kau sihat? Jika benarlah kau
sihat, apa maksudnya kau jadi separuh gila selepas kematian isteri? Mabuk, kaki
perempuan, judi, selalu terdampar di kaki lima separuh bogel. Itu kau kata
sihat? Mujurlah ada Elena...”
“Ya, aku akui yang aku jadi kurang waras ketika
itu. Tapi itu kisah tiga bulan lepas! Dan disebabkan kematian Cheryl! Kematian
seseorang yang amat aku sayangi! Takkanlah perkara sebegini pun kau tak boleh
faham?” kedengaran bergetar suara Zach ketika ini. Hatinya bagaikan sedang dicarik-carik.
Matanya juga sedikit bergenang.
“Okeylah, bermaksud orang yang berkaitan dengan
kau adalah pembunuh. Sekarang Zach, tolong beri kerjasama.”
“Aku dah kata aku tak tahu! Tolong jangan buat
spekulasi rambang, Gilberd!”
Olsen yang sejak tadi menjadi penonton setia, cuba
menenangkan keadaan. Pertengkaran mereka telah menyebabkan orang ramai
berkerumun di tempat kejadian. Segera dia mengarahkan mereka beransur pulang. Cuaca
pula mula kelihatan berguruh dengan angin bertiup kuat. Ketika itulah mata
Olsen tertancap pada beberapa helaian kertas putih yang agak mencurigakan berterbangan
mengenai badan mayat mangsa. Segera dia mendapatkan kertas tersebut.
“Klu! Inspektor! Pembunuh tinggalkan klu lagi kali
ni!” jerit Olsen lantang pada inspektor-inspektor yang masih bertelagah sesama
sendiri.
“Siapa pula yang hendak dibunuh Zach kali ni.
Tolonglah berterus-terang Zach...” keluh Gilberd yang mengundang jelingan maut
dari Zach.
“YCT dan ZAL. Dua mangsa, tiga patah nama. Mungkin
kali ini kita mudah untuk membuat pengecaman,” tambah Olsen lagi tanpa
mengendahkan mereka berdua.
“YCT. Adakah Celia? Yvonne Celia Travis, bartender
di Bar le’Orienta?” soal Gilberd, membuatkan masing-masing berkerut dahi.
“Tak perlu pengecaman lagi. Aku yakin mangsa
seterusnya adalah Celia. Zach, kau cari siapa ZAL tu, aku ke bar le’Orienta.
Dan Olsen, you keep your eyes on him,”
ujar Gilberd dan terus segera berlalu pergi.
Zach pula seperti tergamam, entah didengari tidak
apa yang baru dikatakan Gilberd.
“Jangan bimbang tuan, saya percayakan tuan,” ujar
Olsen sambil tersenyum pada Zach. Namun melihat perilaku inspektor itu yang
kaku seperti patung, dia mula mengesyaki sesuatu.
“Tuan, jika ZAL ini bukan bermaksud Zachary
Anthony Lloyd, adakah...” soal Olsen seperti dapat membaca apa yang sedang
difikirkan Zach.
“Zephilena Ann Lloyd,” gumam Zach perlahan, dan
terus berlari ke arah keretanya dan memecut laju. Tujuan, tidak lain tidak
bukan, adalah mencari Elena.
***
Dalam kereta Zach. 18 April, Ahad. 1:34 AM.
“The number
you have dial, is either switch off or busy. Please...”
Butang batal pada telefon bimbitnya ditekan. Sudah
berpuluh kali dia cuba menghubungi Elena namun gagal. Talian telefonnya
langsung tidak dapat disambung.
“Elena, the
hell did you went to?” gumam Zach sendirian sambil memandu laju. Sudahlah
kehadirannya ke rumah Elena tadi mengundang rasa hampa sahaja kerana gadis itu
tiada di situ.
Kereta dipandu Zach laju menyelusuri lebuh raya
lengang di bandar Minasotta. Tidak tahu ke mana Elena berada, Zach terus sahaja
memandu secara rambang. Ketika dia melalui sebuah jalan yang agak tinggi di
atas bukit, walaupun terdapat beberapa awan tebal di langit, kelihatan bulan
purnama menyinari dengan cahayanya yang sungguh terang. Cahaya bulan itu,
membuatkan Zach teringat akan sesuatu.
“Bulan...Avelyn Avenue! Dia ada kata nak ke sana
tadi!”
Terus Zach menekal pedal minyak keretanya dengan
laju.
***
Bar le’Orienta, Bandar Minasotta. 18 April, Ahad,
1:46 AM.
Ketika Gilberd tiba di bar tersebut, keadaan sudah
riuh-rendah. Melihat keadaan itu, Gil yakin yang dia sudah terlambat.
“Polis. Tolong jauhi mangsa. Dan jangan ada
sesiapa pun sentuh mayat,” jerit Gilberd pada lautan manusia yang membanjiri
bar tersebut.
“Mayat? Biadapnya. Dia masih hiduplah!”
“Apa?”
Mendengar penjelasan mengejutkan dari salah
seorang yang berada di situ, segera Gilberd menolak sekalian manusia yang
mengganggu pergerakannya ke arah mangsa yang sedang terduduk di tepi kaunter.
“Celia. Aku tahu yang kau masih terkejut dengan
apa yang baru terjadi ni, tapi aku nak kau bekerjasama. Beritahu aku, apa yang
berlaku sebenarnya?”
Celia masih tergamam semasa pertanyaan itu
diajukan kepadanya. Setelah luka pada lengannya siap dirawat rakan sekerjanya,
barulah dia nampak tenang, dan mula berbicara.
“Kira-kira pukul 1.15 pagi, kami didatangi
seseorang berpakaian hitam. Wajahnya tidak jelas kelihatan kerana dia memakai
baju berhud. Tidak mengesyaki apa-apa, saya melayannya seperti pelanggan lain.
Ketika saya memberinya segelas air, tidak semena-mena tangan saya dicengkam
kuat. Mujur Nicholas perasan dan bertindak cepat menyelamatkan saya kerana
tikaman itu, hampir mengenai jantung saya. Dia melarikan diri selepas itu.”
“Kamu nampak tak bagaimana rupa penjenayah tu?”
“Walaupun sekilas, saya dapat rasakan yang saya
mengenali dia.”
“Maksud kamu? Dia salah seorang kenalan kamu?”
“Bukan,” Celia berhenti berbicara dan memandang
Gilberd dengan pandangan sayu.
“Dia kenalan kamu, inspektor.”
***
Avelyn Avenue. 18 April, Ahad, 2:04 AM.
Tanpa mematikan enjin keretanya, dan dengan
meletakkan keretanya itu sebarangan, sebaik sahaja matanya tertancap pada tubuh
yang amat dikenalinya itu sedang mencangkung di hadapan sebuah kolam ikan
Avelyn Avenue, terus dia berlari mendapatkannya.
“Elena! Mujurlah, kau tak apa-apa. Mari, kita
pulang sekarang.”
Elena menoleh, memandang lelaki yang masih
tercungap-cungap kerana berlari ketika mendapatkannya. Namun Elena hanya
memandangnya dengan pandangan yang kosong. Dia langsung tidak berganjak, apatah
lagi menyahut apa yang diutarakan Zach tadi.
“Elena, kau okey tak?”
Zach menarik tangan gadis itu dengan hajat untuk
membantunya berdiri. Namun dia tersentak apabila terasa sesuatu yang likat pada
tangan Elena.
“Ini...darah? Elena, cepat! Kita ke hospital
sekarang!”
Zach segera memaut badan Elena untuk membawanya ke
hospital segera. Langkahnya terhenti apabila mendapati Elena enggan berganjak.
“Elena?”
“Tak mengapa, Zach. Aku okey.”
“Tapi darah ni?”
“Betul, aku tak apa-apa. Darah ni pun bukan milik
aku.”
Zach kehairanan. “Apa maksud kau, Elena?”
“Dan aku belum nak mati lagi,” jelas Elena sambil
tersenyum memandang Zach yang semakin kehairanan.
“Aku tak faham. Elena, kau mabuk ke? Tolong cakap
perkara yang aku fahami boleh tak?”
“Klu ZAL tu bukan bermaksud aku. Jangan bimbang.”
Zach tersentak. Bagaimana Elena tahu tentang klu
itu? Dia tidak pula ada memberitahunya akan perkara itu.
“Macam mana kau boleh tahu tentang klu tu? Elena,
kau jangan main-main lagi. Terus terang dengan aku sekarang,” Zach kini sudah
diselubungi rasa curiga.
“Sebab klu tu...” Elena meletakkan tangan kirinya
pada pipi Zach, sambil mengusap-usap lembut. Matanya tepat memandang anak mata
lelaki itu.
“...adalah bermaksud kau, Zachary!”
***
Dalam kereta Gilberd. 18 April, Ahad. 2:06 AM.
“Damn
Zachary, why didn’t you pick up your damn phone?”
Gilberd mencampak telefon bimbitnya yang tidak
bersalah itu ke arah pintu, mujur sahaja ia tidak rosak. Namun keadaan telefon
itu kini berderai dengan bateri dan casing
telefon tercampak di sekitar tempat duduk penumpang. Dia ada menghubungi Olsen
sebentar tadi, Olsen memberitahunya yang dia sedang mengekori Zach yang tidak
tahu arah tujuan. Dan apabila Gilberd menghubungi dia semula seketika kemudian,
taliannya tidak dapat disambung pula.
Walkie-talkie yang sedia ada di
keretanya, diangkat dan dihidupkan. “Gilberd di sini. Mohon untuk kesan di mana
lokasi Zachary melalui alat pengesan. Segera!”
Gilberd mencantumkan semula telefon bimbitnya yang
sudah berderai itu dan cuba menelefon Zach semula. Masih tiada balasan. Talian
Olsen pula masih tidak dapat disambung. Berang dengan keadaan itu, dia
menghentakkan tangannya pada stereng kereta. Nyaring sahaja bunyi hon keretanya
itu kedengaran.
“Damn, why
it must be her? Damn it! Zach, please be safe!”
***
Avelyn Avenue. 18 April, Ahad, 2:07 AM.
Satu tikaman kuat mengenai tubuh Zach, diajukan
tidak lain lagi, oleh Elena. Mujur Zach sempat mengelak, jadi tikaman itu tidak
dalam dan hanya mengenai bahagian bahunya.
“Please
don’t struggle, Zach. If I can’t have you, you are better dead.”
“No, Elena.
Apa maksud semua ni?”
Darah yang mengalir keluar dari luka tikaman di
bahu Zach dibiarkan sahaja terus mengalir. Bagi Zach, apa yang penting sekarang
ini adalah menenangkan Elena yang seperti sudah dirasuk. Elena ini, bukan Elena
yang dikenalinya.
“Dah berapa kali kau tolak perasaan aku, Zach? Sejak
di bangku sekolah lagi aku dah jatuh hati pada kau. Tapi kau tak pernah ambil
kisah...”
Sudah merasa sakit atas luka yang dialaminya,
penglihatannya juga sedikit kabur. Namun Zach masih menguatkan diri.
“Hinggalah kau berkahwin dengan kawan baik aku,
Cheryl. Aku betul-betul tak dapat maafkan kau!”
“Elena...”
“Dan bila Cheryl mati dalam kemalangan, aku tak
berasa sedih langsung. Aku rasa gembira, gembira sangat.”
“Elena!”
Kesan dari jeritan itu, Zach melutut kerana tidak
dapat menampung rasa sakit lagi. Pandangan matanya juga sudah semakin kabur.
Dan darah masih lagi tidak berhenti keluar dari badannya. Elena berjalan
selangkah demi selangkah ke arahnya.
“Aku jangka setelah Cheryl tiada, fikiran kau akan
berubah. Sayangnya, kau memang degil. Malah kau berfoya-foya pula dengan
perempuan lain. Sampai bila baru kau boleh terima aku, Zach?”
We can’t, Elena. We are
siblings!”
“Half
siblings! Don’t forget that. Hakikat yang kita tidak mempunyai ibu yang
sama tetap tidak akan berubah sampai bila-bila!”
Zach yang tercungap-cungap kini rebah di tanah.
Nampaknya dia sudah banyak kehilangan darah. Elena membongkok dan mencangkung
di hadapan abangnya yang sedang kesakitan itu. Dia memegang pipi Zach dan menghalakan
muka lelaki itu memandangnya.
“I love you,
Zach. I really love you. Why can’t you just ignore our parentage history and
get together? Am I not good enough for you?” Elena merayu. Lembut sahaja
kedengaran suaranya.
“You...are...my...sister.
Ever...”
Kedegilan Zach membuatkan Elena tambah berang. “It’s a goodbye then, brother,” ucap
Elena seraya mengacukan pisau yang telah digunakannya untuk menikam Zach tadi.
Zach yang sudah tidak dapat menggerakkan badannya walau seinci itu, hanya
merelakan sahaja apa yang akan dilakukan Elena. Sekiranya dengan membunuhnya
dapat membuatkan Elena gembira, dia reda.
“Ahhhhh!” suara jeritan Zach kerana ditikam Elena
bergema di segenap pelusuk taman Avelyn Avenue. Elena sebenarnya tidak berniat
untuk membunuh Zach, namun kerana satu bidikan yang muncul tanpa dia sedari
telah tepat mengenai tangannya, membuatkannya tersasar dan tertikam luka pada
bahu Zach. Elena menoleh ke belakang, berang.
“Sila menyerah diri, Elena,” pinta lelaki yang
baru sahaja melepas sedas tembakan tepat mengenai Elena. Suaranya kedengaran
bergetar, nafasnya tercungap-cungap. Ternyata, detektif muda ini jarang
mengendalikan senjata api.
“Nice shot,
detective. Kenapa tak bidik terus ke sini?” ujar Elena sambil meletakkan
jari telunjuk pada kepalanya.
“Don’t make
me repeat myself. Be a good girl and surrender, so we can send Zach to hospital.”
Mendengar kata-kata dari detektif Olsen membuatkan
Elena ketawa sekuat-kuatnya. “Hahaha, takutnya aku! Perasan berani ya detektif
muda!” ujar Elena dan terus ketawa. Dia seolah-olah sudah hilang kewarasan
diri. Selain itu, luka ditembak Olsen tadi turut seperti tidak memberi kesan
langsung kerana luka itu telah sembuh sepenuhnya. Hal ini telah mengundang rasa
hairan Olsen.
“Elena...luka kau...?”
Gadis histerik yang sedang ketawa mengilai seperti
hantu itu terhenti ketawa setelah mendengarkan pertanyaan detektif muda yang
sedang kehairanan. “Oh, ini ke?” ucap Elena pendek. Bagaikan magis, dia
kemudiannya mengeluarkan peluru yang terkandung dalam tangannya. “Sungguh
berguna bukan?” kata gadis itu sambil tersenyum.
“Kau...kau apa sebenarnya?” soal Olsen diikuti
berdas-das tembakan diajukan ke arah Elena. Walaupun ketakutan, dia masih
berhati-hati agar tiada peluru sesat mengenai Zach yang seperti sudah pengsan
itu. Elena pula hanya berdiri tegak tanpa sebarang emosi.
“Biadapnya kau ni. Kau memang dah tempah maut ya.
Baiklah, aku akan kabulkan permintaan kau yang hendak ke neraka segera.”
Ketika ini, Olsen menjadi saksi kepada sesuatu
luar dari kebiasaan yang sedang berlaku. Elena yang berada di hadapannya, bukan
lagi Elena yang biasa. Dia telah berubah menjadi raksasa! Wajah putih bersih
gadis itu telah berubah kemerah-merahan, ditambah dengan munculnya gigi taring
dari dalam mulutnya. Kukunya turut bertambah panjang dan tajam. Keadaan Elena
sekarang ini memang mengerikan.
Olsen melangkah setapak ke belakang. Dia cuba
menembak ke arah raksasa itu, malangnya dia terlupa akan peluru pada pistolnya
telah kehabisan. Elena kini sedang memandang tepat kepadanya dengan matanya
yang merah padam itu. Olsen yakin, yakin yang dia akan dibunuh jika dia tidak
berbuat sesuatu. Ketika dia ingin membuka langkah untuk melarikan diri, dengan
sepantas kilat Elena kini sudah berada di belakangnya. Dia menoleh ke belakang
perlahan-lahan, jelas kelihatan gadis raksasa itu sedang tersenyum dengan cara
yang mengerikan.
“Selamat tinggal,” ucap Elena pendek pada detektif
yang sedang terketar-ketar itu.
“Tunduk!”
Suara keras dari seseorang yang mengarahkannya
tunduk mengejutkannya dari terus membatu. Segera Olsen tunduk seperti dipinta
sambil menutup kedua-dua telinganya. Pada masa yang sama juga kedengaran bunyi
tembakan yang mana arahnya ditujukan pada Elena, tepat mengenai dadanya namun
tidak mendatangkan sebarang kesan. Elena masih lagi hidup.
“No. Not
even you, Zachary!”
Zach yang masih longlai itu berdiri dengan
tangannya memegang kemas pistolnya, dan dihalakan pada Elena. Selain darah, air
matanya juga deras mengalir.
“Elena...please
stop. I beg you. Please...”
Elena yang sudah hilang kewarasan itu menjadi
berang. Lantas dia bergerak laju ke arah Zach sambil mengacukan kuku tajamnya.
Dia benar-benar mahu membunuh Zach kini. Zach pula melepaskan beberapa das
tembakan yang langsung tidak memberi kesan sehinggalah kuku tajam milik Elena
menembusi badan Zach, sipi sahaja mengenai jantungnya. Darah kembali membuak
keluar, diikuti jeritan kerisauan daripada Olsen.
“I can kill
you this instant, Zach. Just like how I killed those sluts. But I still give
you chance. So Zach, will you love me?”
Zach mendakap badan Elena, dagunya diletakkan di
bahu gadis itu. Bibirnya pula dihalakan tepat pada telinga Elena. Dengan
tercungap-cungap dia membalas, “I am, and
always love you, Elena. Always. As my sister.”
Elena berang dengan pengakuan dari Zach yang baru
didengarinya. Dia menjerit sekuat-kuatnya. Hingga Olsen yang berada agak jauh
dari mereka turut berasa bingit.
“I’ll kill
you Zach! I’ll kill you!”
Tangan Elena yang sedia berada di dalam badan
Zach, hanya seinci sahaja dari jantungnya, digerakkan. Elena sudah nekad. Dia
benar-benar ingin membunuh Zach dengan cara sama sebagaimana dia membunuh
wanita-wanita yang mati sebelum ini. Olsen yang sejak tadi menjadi penonton
setia, menerpa ke arah mereka dengan harapan untuk menyelamatkan Zach walaupun
dia tahu ia akan membahayakan dirinya.
Pam! Satu das tembakan tepat mengenai kepala
Elena. Darah berhamburan keluar. Namun sama seperti tadi, tiada kesan langsung
tembakan itu padanya. Elena tersenyum.
“Tak kira berapa kali kau tembak aku, aku takkan
mati, Zach. Now, it’s time to say
goodbye, Zachary.”
“No. It’s time for you
to say goodbye, Elena.”
Zach menembak hancur sebiji permata berwarna hitam
yang diambil keluar daripada kepala Elena yang baru ditembak tadi. Batu itulah
punca Elena berubah menjadi raksasa. Zach pernah membaca berkenaan batu permata
hitam ini di bilik bacaan ayahnya suatu ketika dahulu, jadi dia yakin inilah
caranya untuk membuatkan Elena kembali pulih seperti biasa.
Elena menjerit sekuat-kuatnya. Wajahnya berubah
sedikit demi sedikit menjadi sedia kala. Bekas tembakan yang diterimanya tadi
turut kembali terbuka.
“Zach...Zach...” ucap Elena tercungap-cungap di
pembaringannya yang beralaskan darah merah dan diselimuti angin sejuk. Beberapa
titis air hujan turut mula menitik. Perlahan-lahan Zach menghampiri adiknya, mengangkat
kepala gadis itu dengan penuh berhati-hati untuk diletakkan di atas pehanya, mengusap-usap
rambutnya dengan lembut dan mengucup dahinya.
Elena tersenyum. Matanya sudah menjadi berat namun
dia masih ingin menatap wajah yang amat dikasihinya itu.
“I love you,
brother.”
“And I
always love you, my lovely sister.”
Elena tersenyum untuk kesekian kali sebelum dia
melepaskan nafas terakhir. Elena pergi dalam pangkuan abangnya, Zachary. Walau
Zach kelihatan tenang, namun dia tetap tidak dapat menahan air matanya dari
terus mengalir. Masakan tidak, satu-satunya ahli keluarganya yang ada telah turut
pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
***
Kawasan Perkuburan Hilir Minasotta. 9 September,
Khamis, 08:03 AM.
“Happy
birthday, Elena. And you too, Cheryl.”
Zach meletakkan satu bar coklat di atas kubur
Elena, manakala satu lagi bar coklat putih di atas kubur Cheryl. Kedua-dua
mereka mempunyai tarikh lahir yang sama, dan amat gemarkan coklat. Inspektor
yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaannya itu berdiri di hadapan
kedua-dua kubur insan kesayangannya yang terletak bersebelahan antara satu sama
lain. Di tangannya terdapat sekeping gambar lama. Gambar tiga remaja berseragam
sekolah, dan mereka tampak gembira. Dia kemudiannya memandang kedua-dua kuburan
itu dengan pandangan sayu.
“It’s not
your fault.” Kedengaran suara Cheryl bergema di corong telinganya.
“I’m sorry,
brother.” Kini kedengaran pula suara Elena. Zach tersenyum.
“Haha, I
know,” gumam Zach sendirian sambil melepaskan keluhan panjang. Pandangan
matanya dilemparkan jauh ke langit yang tiada berpenghujung.
“Tuan!”
Zach menoleh. Detektifnya yang setia, Olsen sedang
berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Em, tuan. Saya berat hati nak beritahu...”
“Kenapa? Ada kes baru?” soal Zach. Olsen bersetuju
dengan anggukan.
“Tuan pun tahu kan, yang tuan ada cuti lagi
sebulan. Tak sampai hati pula nak minta tuan bekerja dalam keadaan masih tak
sihat ni...”
Zach ketawa besar mendengarkan pengakuan jujur
detektif muda itu. “Takpelah Olsen. Saya pun dah naik bosan cuti lama-lama.
Jadi, apa kes kali ini?”
Olsen menghulurkan sebuah fail berisi maklumat
berkaitan kes yang perlu disiasat mereka. Zach segera membelek-belek fail
tersebut.
“Bukan ke ni kes Gilberd? Tak selesai-selesai lagi
ke?”
“Kes tu makin serius. Dah merebak sampai ke
Minasotta. Lagipun...”
“Lagipun?”
“Inspektor Gilberd nak bercuti sebulan.”
“Ha, kenapa?”
Olsen menggaru-garu pipinya sebelum menyambung
semula kata-katanya, “dia...nak kahwin.”
Terlopong luas Zach tatkala mendengarkan pernyataan
yang sungguh mengejutkan daripada detektif itu. “Gilberd? Si singa tu? Nak
kahwin? Siapalah yang sudi kahwin dengan dia tu?” seloroh Zach diikuti gelakan.
Olsen tersenyum sedikit sebelum membalas, “Inspektor
Sophie.” Sekali lagi Zach ternganga luas.
“Khabarnya Inspektor Gilberd kerap bertemu Inspektor
Sophie ketika dia dirawat di hospital. They
developed feelings around that time.”
“Ah Sophie. Kenapalah kau pilih lelaki macam tu
buat suami?” ujar Zach sambil menekup mukanya. “Ruginya...” sambungnya lagi.
“Er, tuan. Kalau tuan nak tahu, tuan sebenarnya
popular di kalangan pegawai wanita. Terutamanya di seksyen trafik. Mungkin tuan
boleh cuba nasib di situ?” seloroh Olsen sambil menyiku Zach. Namun Zach hanya
tertawa.
“Takpelah Olsen. Nanti ajelah. Buat masa ni, hati
saya masih ada pada mereka berdua,” ujar Zach sambil melemparkan pandangan pada
kubur Elena dan Cheryl.
“Tuan cakap untuk sedapkan hati je ke? Takut
disumpah mereka?” seloroh Olsen lagi.
“Hei, saya jujur ni!” balas Zach diikuti gelak
tawa mereka berdua.
“Ah, tuan. Ketua minta kita pulang ke balai untuk
perbincangan dahulu sebelum memulakan operasi. Nanti dah selesai urusan tuan di
sini, tuan terus ke balai ya. Saya tunggu di sana.” Olsen berlalu sejurus
selepas Zach mengangguk faham.
Zach duduk di sebuah kerusi batu yang terdapat di
hadapan kubur Elena dan Cheryl. Matanya merenung kuburan kedua-dua mereka silih
berganti. Dia sebenarnya ingin berlama-lama di situ, tapi memikirkan yang
hatinya masih tidak kuat untuk menerima hakikat bahawa mereka sudah tiada lagi,
dia memutuskan untuk duduk dalam beberapa minit sahaja. Kenangan bersama-sama
mereka berdua satu ketika dulu turut berlegar-legar di fikiran.
“Saya akan datang lagi nanti. Selamat tinggal, dan
saya sayangkan kamu berdua, Elena, Cheryl,” ucap Zach perlahan. Dia mula
melangkah meninggalkan kuburan mereka yang terletak tinggi di atas bukit, dan
mempunyai pemandangan yang sungguh indah.
“We love you
too, Zachary.”
***
Best gila!
ReplyDeleteSuch an unexpected storyline! Love ittt.. hope boleh hasilkan karya2 lain sehebat ini. ^^ gud luck
@fa
eh...really.. *malumalu* terime kasih~ >w< niat hasilkan karya2 mcm ni mmg ada cuma terjahan idea belum ada.. apepun terime kasih sbb sudi lawat n baca karya saya~ :)
ReplyDelete